Wednesday 25 May 2011

LEPAS BORING KG AIR

Seawal 11.30 pg saya telah menyiapkan kerja utama saya sebagai seorang mechanic.Hari ini kena lagi kerja luar,masa yg ada saya tak sia2kan.Tanpa membuang masa lagi saya bergegas balik kerumah dan meraih set pancing yg sememangnya sentiasa siap sedia.Umpan udang kuning yang di beli di pasar besar Sandakan,tak lupa juga nasi campur dan seedikit minuman ringan (hehe..belom lunch lagi..).Sampai di lokasi,Kg Air jln Bokara Lama,air mula pasang.Saya menyiapkan set pancing dan merajut tali perambut double hook dgn mata kail yg kecil.Aksi pancing berlangsung dengan renjatan ikan2 kecil yang tak henti2 tersangkut di mata kail..(hehe..ada juga pelepas boringku..).
Setelah beberapa kali dgn aksi ikan2 kecil di hujung tali..saya menukar tali perambut single hook 50lb dengan saiz hook yang besar sikit.Lontaran juga sedikit keluar..lepas 5 minit berlalu,tetiba reel berbunyi..tarikan laju tak henti..ujung joran melentur..tarikan tak henti..tali dlm reel lebih separuh dah kaluar...saya mengambil keputusan untuk menambah drag..tarikan sedikit demi sedikit terhenti.Beberapa minit bertahan..saya cuba menghayun joran dan menggulung..tapi.. (..jeng..jeng..jeng..)..berat sangat..saya membiarkan situasi begini beberapa minit.Saya teringat pesan seorang rakan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam pertarungan sebegini agar jangan kelam kabut dan drag kena seimbang.Setelah merasakan sedikit kelonggaran..saya menghayunkan lagi joran dan memutar reel..biarpun sedikit berat..saya paksakan juga..akhirnya sang mangsa menyerah juga..mangsa sempat berputar-putar bermain dgn saya dan menghiritnya ketepi  sedikit demi sedikit.Tak lama kemudian..mangsa sudah dapat dilihat dari atas jembatan konkrit tempat saya beraksi..Kelibat putih hitam..jelas nampak dari dalam air.
..Wow..mangsa saya kali ini seekor pari bersaiz sederhana..terlepas juga boring saya hari ini..Syukur..
                                            sesi buntal mendapat sambutan..
                                            sesi pertarungan yg cukup melelahkan.
                                            berjaya juga akhirnya

                                            Pari nih rupanya mengandung dan keguguran..
                                            wow..nih pekerja mitsali (escape nih..)
                                           tak dpt diselamatkan biarpun selepas CPR..hehe..
Sesi ptg nih sekaligus memperbaharui lesen tangkapanku biarpun sedikit kurang dari berat tangkapan terdahulu.Berat pari nih 3.4kg tak termasuk yg dua ekor lagi tuh..hehe.Tapi..jeng..jeng..jeng.. sesi kali ni berjaya menaikkan 3 ekor pari sekaligus...jeng  jeng  jeng..
Sesi lepas boring ini di akhiri beberapa minit kemudian untuk balik kerumah dan menyantap tangkapan hari ini..hehehe....
  Rod           :  Santec 20-70 gr
  Reel           :  Tomman Rivermax
  Line           :   Tomman braided 40lb + Tomman power leader 50lb
  Hook         :  No.11
. Tarikh        :  25 may 2011.02pm - 04 pm.
  Lokasi       : Kg Air jln Bokara Lama,Sandakan.



jgn tiru org nih..dia escape nih..hihi

Wednesday 4 May 2011

TRIP MANCING LAUT BERSAMA ARBAKIN ALI

Trip kali ini,sempena cuti hari pekerja 1 May 2011,disertai oleh  1.Arbakin Ali selaku ketua/tekong
                                                                                                 2.Jas
                                                                                                 3.Rostam
                                                                                                 4.Max (saya..hehe)
set dah standby untuk di pertaruhkan (hehe..lowbrand punya set)
Dengan semangat yang membara,seawal pukul 4.00 subuh saya sudah bangun dan menyiapkan segala peralatan dan bekal untuk trip kali ini.Pukul 6.00 pagi saya telah meninggalkan rumah menuju ke lokasi tempat berkumpul.Trip bermula pada pukul 8.00 pagi dengan cuaca yg cerah.Hati tak sabar untuk sampai ke lokasi pancingan,dengan harapan untuk merasai tarikan ikan laut.Dan saya sertakan dalam post kali ini beberapa gambar trip mancing laut kali ini,meskipun telah di postkan sebelumnya oleh rakan saya Arbakin Ali di MANCING SAMPAI PENGSAN.BLOG SPOT,yang mana gambar ini adalah hak milik beliau.Satu pengalaman yg mendalam dan tunjuk ajar rakan yang sangat berguna bagi saya yang masih dalam tahap permulaan.

TRIP MENGEJUT





Hasil tangkapan aku dalam trip mengejut ini

mancing ikan gabus

Mula meminati mancing ni lebih kurang tiga bulan lepas,apabila selalu membuka video2 memancing di you tube dan di blog2 kaki pancing.Berbekalkan minat tersebut,saya mula mengumpul maklumat mengenai peralatan dan cara menggunakan peralatan memancing ni.Dengan bajet yang hanya siput2,saya membeli set pancing yg murah buat permulaan.Alhamdulillah,set dah ada satu,dan memulakan latihan di kebun beliauku yang mana ketika itu di landa banjir.Memulakan pancingan di dlm kebun kelapa sawit yg digenangi air banjir dengan berupankan sotong pasar,maklumlah,pengalamn belum ada.Hasilnya,dua ekor ikan haruan (ikan gabus dalam bahasa panggilanku).Hati terasa puas dan sedikit bangga..hehehe..maklumlah,first time guna joran.