Tuesday 28 June 2011

TRIP SANTAI..PULAU LIBARAN DAN PULAU NANGKA



tengah menanti sampai ke lokasi
Trip yg dirancang 2 minggu sebelumnya,berlangsung pada 25 june 2011 yang di hadiri oleh 10 orang pemancing dari kelab joran sabahan facebook. Destinasi yang di tuju ialah Pulau Libaran.Perjalanan yang memakan masa 2 1/2 jam bermula pukul 7.15 pagi dan berakhir pukul 6.30 petang.Trip kali ini kurang menyerlah dimana tangkapan agak kurang dan di pukul ombak pada sebelah petang.
antara ahli dalam trip ini
perjalanan ke pulau Bai
Keesokan harinya 26 june 2011 saya sambung pula aktiviti memancing ini ke pulau Bai dan Pulau nangka bersama rakan2 sekerja,memandangkan kami semua offday.Trip kali ini di anggotai oleh saya,Ansar,dan Ady,yg mana mereka ini belum pernah merasai memancing di tengah laut.Dan trip kali ini merupakan sesi pengenalan bagi mereka berdua,dan saya menjadi leader bagi mereka kali ini.Sebelumnya kami telah membeli set pancing baru,dan kali ini kami pertaruhkan set satu jenama,Ansar dan Ady dgn set Tomman rivermax 6000+santec 16lb rod+Tomman monoline 40lb yang baru di beli.Manakala saya hanya pertaruhkan Tomman rivermax 4000+santec 16lb rod+Tomman braided line 30lb.Kami hanya memburu mangsa yg bersaiz kecil sahaja untuk kali ini dengan set ringan kami.Sesi bermula pukul 1petang dan berakhir pukul 4.30 ptg.Sesi pertama di sekitar pulau Bai (tak jauh dari bandar Sandakan) hanya dapat menjerat otek kecil.Saya mengambil keputusan untuk ke pulau nangka,tepatnya ke lubuk gelama yang pernah saya pergi sebelumnya.Tepat sasaran saya,baru seminit umpan mencecah dasar terus di sambar gelama,meskipun hanya bersaiz kecil.Aksi buang tarik berlangsung,juga aksi ini di rasai oleh kedua rakan saya.Tapi keadaan ini tak lama..lepas tu berganti dengan tarikan yg sedikit berat..hehehe..sesi manyung pun berlangsung.Ada satu keadaan dimana joranku di lentur kuat oleh ikan misteri dan dilarikan kekawasan batu (menurut pendapat sayalah),braided 30lb ku tak henti keluar dari reel.Bila saya tambah drag..tarikan terhenti..tapi beberapa saat kemudian,reel kembali berbunyi,tarikan terus belanjutan oleh ikan misteri sedikit demi sedikit..keadaan ini berlarutan beberapa minit tanpa henti.Braided 30lb 200M ku separuh telah terkeluar dari reel..joran saya beri kpd rakan saya Ansar biar dia merasa tarikan berat ni..hehehe..hampir 5 minit dia pegang..dan braided terus keluar dari reel..ketika saya minta dia menambahkan lagi drag,dan masa itulah braided terputus..ikan tak dapat naik..braided tinggal separuh dalam reel..huhuhu..saya mengeluh.
Ansar (hadapan),Ady (belakang),mereka merasa seperti pelancong..hehe
Ady dengan manyung nya
hehe..joran tak lentur pun
..huhu..
hasil keseluruhan
Pukul 5.30 ptg kami selamat sampai kedarat dan bergegas pulang.Kedua-dua rakan saya berpuas hati meskipun hanya mendapat ikan manyung dan gelama untuk trip kali ini.Trip yang akan datang akan di rancang untuk memburu ikan berkualiti dan bersaiz mega..kita jumpa di trip mendatang Insya Allah.

No comments:

Post a Comment