Monday 7 April 2014

MEMBUKA TIRAI MUSIM BARU

Mancing di kuala Kretam dan laut Sulu.

Sehari sebelum tarikh trip saya telah membuat persiapan untuk trip pembukaan musim baru 2014.










                                                                                                                                                                                                              Antara beberapa kelengkapan yg telah saya persiapkan.

Keesokan harinya 5 april 2014,seawal pukul 8 pagi,seperti waktu yang dijanjikan oleh trip organizer,saya telah tiba di jeti Kg.Nelayan Batu Putih,Sandakan,dimana tempat untuk berkumpul dan berlepas.
Trip kali ini disertai oleh 10 orang pemancing dengan kos RM150 seorang termasuk makan dan umpan :

Lomek Nabiha (trip organizer)

Herman Filan

doctor Nash

Andi Max

Karmel Melyo

Sagimin Joe



                                                           dan 3 orang pemancing yang lain.

Lokasi yang bakal dituju adalah sekitar kuala Kretam (lebih kurang 4 jam perjalan dari jetti berlepas) dan laut sulu (lebih kurang sejam perjalanan dari kuala Kretam).Sepanjang perjalanan beberapa rakan pemancing melakukan tundaan gewang yang sempat membuahkan hasil dengan beberapa ekor barakuda.
di spot pertama pula saya mencuba nasib dengan melempar seekor ikan kembung sebagai umpan untuk menjerat pemangsa lapar dilaut yang mula berwarna hitam ini.Tekaan saya tepat,selang beberapa ketika reel daiwa opusbull 4500 yang saya pertaruhkan berdesing memuntahkan tali.Perlawanan berlangsung untuk beberapa minit.Mangsa yang merupakan seekor tenggiri yang boleh tahan juga saiznya beberapa kali naik ke permukaan air laut dan mendekati tepi kapal,sampai akhirnya dapat melepaskan diri sebelum sempat dikait naik ke atas kapal.Lepas peluang...  gumamku dalam hati.
Selepas makan tengah hari dengan alakadar sederhana bersama rakan-rakan pemancing yang lain,perjalanan di sambung ke spot berikutnya ke laut Sulu,lebih kurang sejam perjalanan dari spot pertama tadi.
panorama sekitar daerah Sandakan

menjelang hari gelap di laut Sulu

Menjelang hari gelap sesi pancingan bersambung semula dengan mencuba beberapa kaedah.Ada yang giat mengunjun jig besi,saya sendiri mencuba kaedah pancingan dasar dengan perambut apollo tiga mata yang saya buat sendiri.Beberapa ikan dasar bersaiz bawah sekilogram berjaya saya naikkan,begitu juga rakan2 yang lain.Sedang kami menikmati santapan makan malam bersama rakan2 pemancing yang lain,set yang saya tancapkan di holder berumpankan seekor ikan kembung dengan kaedah berhanyut separuh tenggelam tiba-tiba berdesing memuntahkan tali.Saya bergegas untuk mencapainya.Teruk juga saya diasak dengan lariannya yang pandai memecut laju.Tenggiri berskala 8kg berjaya juga akhirnya saya jinakkan.
Sesi pancingan berlangsung hingga ke pagi dengan beberapa tangkapan berganti-ganti dari rakan2 pemancing yang lainnya.


aksi tundaan gewang oleh Lomek Nabiha

doct.Nash dengan coral trout

Tenggiri yang berjaya saya tewaskan

bro Mel dengan tangkapan tenggiri terbesar


ahli trip





hasil keseluruhan trip


kapal JASMAN JORAN TRANSPORT
Kg.Nelayan Batu Putih Sandakan


tekong Jasman

Hasil tangkapan keseluruhan dibahagikan sama rata dengan ahli trip demi kebersamaan dan jalinan erat sesama pemancing.Kesimpulannya,misi trip pembukaan musim baru ini telah berjaya dengan hasil yang memuaskan.Akhir sekali,Terima kasih team,terima kasih tekong Jasman,sehingga bertemu lagi di trip mendatang.

4 comments:

  1. Salam bro..
    Kami plan mau pegi kretam ngan tekong jasman nnti.. ngam ka masa kami mau pergi dlm masa terdekat ni? ada apa2 pesanan atau petua2 penting sblum kami ke sana?? umpan apa yg bagus di kretam tu? Sotong? Udang? Ikan?

    ReplyDelete
  2. wassalam..
    mengikut pengalaman yg penah saya lalui..kretam biasanya menyajikan strike apabila arus tak henti lama antara pasang dan surut,terutama pada musim bulan baru atau penghujung bulan,yg penting bukan pada masa air laut jernih.air pasang besar lagi cantik.umpan biasanya kami gunakan lumahan jantan dan basung,seboleh2nya yg masih baru (yg masih cantik dagingnya),udang dan sotong boleh juga bawa sebagai alternative lain.kalu boleh dapatkan sotong segar pada waktu mancing malam,cantik di guna untuk membottom terutama pada waktu pagi.apapun boleh juga dapatkan pandangan dr rakan2 pemancing yg lain yg biasa pegi kretam untuk tambahan maklumat.dan saya syorkan set yg berkekuatan sederhana dan keatas sbb terkadang ada mangsa yg yg tak diduga akan merentap joran anda dgn kekuatan yg lebih.untuk keselesaan saya syorkan guna tali dan perambut 50lb dan keatas.apapun salam strike,semoga trip anda akan berjaya.

    ReplyDelete
  3. Tq bro..trip kami agak berjaya walaupun agak kurang..tp sy dpat pecahkan rekod peribadi dengan tenggiri 7.5kg..insyaalah..ada kesempatan boleh pergi lg...

    ReplyDelete
  4. Salam bro..nak tanya ada ka no phone tekong2 bot lain selain jasman di sandakan..kalo ada minta tolong kasi..tq..

    ReplyDelete