Friday 20 June 2014

Mancing di kuala Kertam dan Laut Sulu episode 4.

Trip yang digelarkan sebagai trip dendam berdarah oleh trip organizer en.dr.Nash ekoran ketidak puasan hatinya di trip lepas..hehe..telah berlangsung pada 14-15 Mei 2014 dengan khidmat kapal WAN PANCING TRANSPORT dari kg Batu Putih,Sandakan.Yuran trip RM 145 seorang termasuk umpan dan makanan.Antara ahli trip kali ini :
1.dr.Nash (klinik dr Mansor Sandakan)
2.Arip Din (senior chargeman Seguntor Biopower)
3.En.Parman (Ath.Enterprise)
4.Pak Mail @Ismail (Jab.Perhutanan)
5.Harata Takimashi (Malay-Japanese handsomeman)
6.Andi Max
7.Lomek Nabiha dan
   tiga orang lagi kawan Lomek Nabiha.

Menjelang tengah hari kami telah sampai di spot pertama kuala Kertam,air laut bergerak surut,menyuntik semangat memancing dengan penuh harapan strike penghuni spot.
Beberapa teknik pancingan telah di praktikkan,baik bottom dan juga jigging dan memang membuahkan hasil.
Saya sendiri mencuba kaedah drifting dengan umpan seekor ikan kembung.Seekor tenggiri bersaiz sederhana sempat menyambar umpan ikan kembung tadi.Akhirnya berjaya juga saya menjinakkan pemangsa agresive ini.Sambil-sambil merendam umpan,saya mencadangkan en.Arip Din,ahli trip kami yang gemar memasak untuk mendemonstrasikan resepi istimewanya kepada kami,dan saya meluluskan ikan tenggiri tadi untuk dibuat santapan makan tengah hari.

Master Chef kami sedang beraksi

srupphh...hufffhh.. bolehlah..hehehe





Menjelang malam,cuaca tak menyebelahi.Air laut agak bergelora diselingi hujan sekejap sekejap.
Ramai ahli trip mengambil keputusan untuk masuk berehat dan tidur.Sayapun tak terlepas,yang hampir2 tewas oleh olengan kapal terpaksa berehat dan memejamkan mata juga buat beberapa jam.
Menjelang subuh saya terbangun dari tidur.Kapal pun kembali tenang dari berayun disebabkan ombak yang sudah redah.Saya memberi cadangan kepada tekong kapal untuk berpindah spot.
Dan akhirnya,ketika fajar mula menyinsing,rod yang sedari tadi dalam genggamanku terasa bergerak macam umpan sedang dipatuk.Hatiku tengah berdebar menaruh harapan,saya biarkan umpan dipatuk patuk halus menunggu masa yang sesuai untuk menyintak rod.Sampai akhirnya patukan kasar mula melengkungkan hujung rod,sintakan berulang kali saya buat untuk memastikan mata kail tertancap kemas dimulut mangsa.Pertarungan sengit berlaku dengan tali berulang kali keluar dari spoel.Dari cara mangsa membalas tarikan,saya dapat meneka yang ianya bukanlah seekor tenggiri.Tekaan saya mangsa adalah seekor barrakuda.Tekaan saya tepat,selepas beberapa minit bertarung,mangsa semakin mendekati tepian kapal mengibarkan bendera putih tanda menyerah.Kelibat tubuhnya jelas terlihat..ya..seekor barrakuda bersaiz kasar.Syukur al hamdulillah,seekor barrakuda telah selamat naik atas kapal..ada rezeki dipagi hari.
Barrakuda yang tewas ketika fajar menyinsing


Lomek Nabiha menambahkan lagi koleksi dengan teknik trolling


Kawan2 yang lain telah terbangun dan meneruskan sesi pancingan,dan berjaya menambahkan lagi koleksi tangkapan dalam trip ini.Minit minit terakhir trip,saya tak berputus harapan dan meneruskan perjuangan untuk memecah kebuntuan setelah lebih sejam tiada sebarang patukan.Saya menukar umpan yang sedari tadi tiada terusik.Seekor baby GT hasil pancingan dasar rakan trip saya cangkuk di kail dan melemparnya kedasar dengan harapan ada mangsa mega yang sudi menjamahnya.Hanya beberapa minit,hujung rod aku melentur kuat,reel Daiwa Opusbull 4500 aku menjerit memuntahkan tali sulam surecatch 50lb.Dahsyat perlawanan kali ini,satu tarikan kuat yang belum pernah saya rasakan sebelum ini.Lama juga pertarungan berlangsung hingga akhirnya mangsa menyerah kalah dan terkulai layu di tepi kapal.Dengan sokongan semangat dari rakan2 ahli trip yang menyaksikan pertarungan tadi,berjaya juga saya menaikkan mangsa ini yang saya anggarkan dalam 10kg,seekor gerapu bintik yang berbadan sasa dan hansem.

Syukur alhamdulillah,rezeki di pagi hari

berat jugalah dia nih...hh..



Harata Takimashi @Lau Chai

en.Arip Din dengan senyuman gerapunya

Tekong WAN PANCING TRANSPORT



Pukul 11.00 pagi,sesi pancingan berakhir,kapal bergerak pulang dan sampai di jetty kg Batu Putih dalam pukul 3.30 petang.
Akhir kata,trip ini sungguh mengujakan dan berjaya.Terima kasih kengkawan ahli trip dan organizer,terima kasih tekong Wan Pancing Transport atas spot-spot istimewanya yang tak pernah mengecewakan.Sehingga bertemu lagi di trip mendatang.

2 comments:

  1. Mantab gan Artikel nya !!!

    Baca Juga :

    Situs Agen Bola Euro 2016, Agen Judi Online Terpercaya

    Agen Bola Terpercaya

    Agen Judi Online

    KLIK DAFTAR

    Dapatkan Promo Bonus 30% Setiap Kali Melakukan Deposit Minimal Rp.100.000,-

    The best agents "Semoga Bermanfaat dan Membawa Hoki".

    ReplyDelete